Wednesday, 17 June 2015


10 KEPING FOTO TEKNOLOGI DAN INOVASI

1. BANTAL PANAS
                                                             
Produk yang diperbuat dari teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan.Bantal panas kesihatan digunakan untuk kita bertungku secara moden.
Tungku moden adalah adaptasi dari tungku tradisional.
Ianya produk kesihatan yang sangat sesuai digunaan bila-bila masa serta boleh di bawa ke mana-mana sahaja.
  • sesuai digunakan untuk lelaki dan perempuan
  • menggunakan high quality fabrik
  • kepanasan menjangkau 3-4 jam
  • Mudah dipanaskan masa charge hanya 3-8 minit



2-SPECT



Positron Emmision Tomography (PET)



Di dalam bidang perubatan nuklear, tomografi turut digunakan oleh D.E. Kuhl pada tahun 1960-an untuk membentuk imej. Dengan memutarkan sebuah pengesan (yang sama dengan kamera gamma) dalam bulatan sekitar pesakit, imej badan pada satah bulatan tersebut dapat dibentuk dan seterusnya satah-satah berlainan disusun untuk membentuk imej 3 dimensi. Ini dinamakanTomografi Terhitung Pembebasan Foton Tunggal (single photon emission computed tomography – SPECT).

Pada masa yang sama, Kuhl turut menggunakan radionuklida yang membebaskan positron (anti-zarah kepada elektron). Apabila positron bertemu dengan elektron, ia akan membentukpositronium sementara dalam suatu tempoh, sebelum kedua-duanya akan saling memusnah atau membinasa antara satu sama lain. Pembinasaan ini membebaskan dua foton sinar gamma pada arah yang bertentangan antara satu sama lain. Kedua-dua foton ini akan dikesan oleh dua pengesan yang bertentangan pada bulatan sekitar pesakit. Seterusnya pemprosesan secara tomografi dibuat untuk membentuk imej. Walau bagaimanapun, disebabkan adanya dua sinar gamma dibebaskan pada arah bertentangan daripada satu-satu lokasi, penganggaran lokasi tisu yang menyerap radionuklida tersebut adalah lebih jitu berbanding dengan SPECT. Kaedah ini dinamakan Tomografi Pembebasan Positron (positron emission tomography – PET).


3-HANDPHONE BERBENTUK JAM TANGAN


Inilah spesifikasi dari handphone Jam tangan . Hp berbentuk jam tangan super canggih umumnya hanya kita jumpai pada filem-filem yang menonjolkan teknologi canggih seperti james bond 007. ataupun filem-filem yang lain. tapi kali ini dunia tak lagi sebuah filem. semua teknologi canggih itu telah terwujud.

Handphone yang memiliki kenunggulan  ini memang layak menjadi solusi sebuah Gaya yang elegan dari produk teknology canggih. 








       4-NECK MASSAGER


Neck Massager diperbuat mengikut teori perubatan barat, iaitu elektromagnetisma dan terapi perubatan suhu tinggi. Ia merupakan satu alat perubatan dan penjagaan kesihatan yang berteknologi tinggi serta boleh digunakan di rumah. Ia direka berdasarkan ciri-ciri fisiologi dan patologi anatomi tulang belakang servikal. Ia dihasilkan akibat integrasi terapi gelombang elektromagnetik ultra panjang, terapi magnet, terapi terma gelombang haba dan terapi denyutan elektrik bagi memberikan rawatan yang lebih pertinen, mudah dan berkesan.Alat rawatan ini dihasilkan berdasarkan prinsip keselamatan, sains dan efikasi. Reka bentuk luarnya diperbuat mengikut prinsip ergonomik, maka menjadikannya ideal digunakan sebagai terapi untuk tulang belakang dan bahu manusia. Alat ini ringan dan comel, serta dioperasikan melalui suis sentuh dan cip bersepadu yang khusus





               5- AKUPUNTUR

Penemuan perubatan ( akupuntur kuasa perangsang)
Teknologi terkini dan pengajian yang teliti telah membuktikan bahawa tenaga bio mengaktifkan tenaga positif atau ‘Qi’ di dalam badan titik-titik akupuntur badan. Alat terapi Aculife mengabungkan kuasa perangsang ini dengan akupuntur tradisional memberikan satu revolusi kepada produk kesihatan secara saintifik dan praktikal. Kemujarabannya setanding terapi akupuntur tradisional.

Dwi-fungsi (kesan & kelegaan)
Aculife menggunakan gelombang-gelombang magnetik untuk merangsang arus elektrik yang mengesan secara automatik lokasi titik-titik akupuntur. Ia boleh menilai keadaan kesihatan badan berdasarkan kepada tahap kesakitan yang dirasai pada titik-titik akupuntur yang berbeza pada tapak tangan. Sebagai satu ukuran pencegahan, ia juga dapat mengesan kemungkinan bahaya penyakit di dalam badan dan membantu organ dalaman untuk berfungsi dengan baik melalui memagnetkan cecair badan. Ia amat berkesan dalam melegakan sejumlah besar penyakit lazimnya dalam gaya hidup moden.



        6- ALAT SENAMAN KARDIOVASCULAR

Mungkin ramai yang kurang faham tentang perbezaan serta keberkesanan senaman kardiovaskular (kardio) atau senaman otot.
Kedua-dua senaman ini memerlukan tenaga yang diperolehi daripada proses pembakaran makanan yang berlaku di dalam badan. 
Secara teorinya, anda akan mendapati berat badan anda menurun selepas melakukan senaman kardio.
Masalahnya, anda tidak tahu adakah keadaan ini disebabkan kehilangan lemak, otot atau air. 
Jika berat badan anda menurun disebabkan kehilangan otot atau air, ini bermakna , anda 'tertipu' kerana kehilangan berat ini hanya bersifat sementara.
Sekiranya anda berhenti melakukan aktiviti senaman ini, berat badan anda akan meningkat naik dengan cepat.
Justeru, sebelum melakukan sesuatu senaman, sebaik-baiknya dapatkan nasihat pakar kecergasan bertauliah. Dengan ini, anda boleh menyesuaikan matlamat anda bersenam mengikut jenis senaman yang tepat. 




7-GELANG RFID (Radio frequancy Identification)

Masa kini, Siemens telah menjalankan penyelesaian menggunakan Pengenalan frekuansi radio  (RFID) bagi kegunaan di hospital dan klinik-klinik di beberapa negara Eropah. RFID terdiri daripada tag yang mempunyai Cip  dan antena di sekelilingnya. Bagi membaca data di dalam tag, seseorang memerlukan ‘pembaca’ dengan medan elektromagnet untuk membaca dan memindahkan data.
Kini RFID telah mula digunakan dalam bidang perubatan bagi menyimpan maklumat pesakit. Siemens telah dilengkapi dengan teknologi 'know-how' dalam industri penjagaan kesihatan sejak 1877. Dengan penglibatan dalam pembuatan elektro medikal dan peralatan fizikal lain, Siemens yang mempunyai pengalaman selama 128 tahun sentiasa berusaha menyediakan peralatan bagi penjagaan kesihatan pada masa depan. Kini dengan meningkatnya permintaan bagi perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dan penyelesaian bagi pemprosesan klinikal, diagnostik dan prosedur terapeutik menggunakan penyelesaian IT. Banyak masalah di hospital boleh diselesaikan menggunakan teknologi RFID. Pada permulaan RFID digunakan untuk menyimpan maklumat pesakit seperti nama, umur, jantina, berat, penyakit yang dialami, alahan, sejarah, XRay serta maklumat perubatan yang berkaitan.Biasanya RFID dipasangkan dalam bentuk gelang tangan pada pesakit dan doktor yang merawat boleh memuat turun atau memuat naik data di dalamnya dari masa ke semasa. Misalnya doktor boleh mengubah berat badan atau senarai ubatan yang diberikan mengikut keperluan pesakit. Semua ini tidak boleh dilakukan jika menggunakan kaedah kod bar kerana data tidak boleh diubah selepas dimasukkan. 



8-KOMPUTER TERKINI

Harga komputer sekarang ini semakin menurun. Keadaan ini terjadi  setiap kali ada teknologi baru yang keluar tentunya teknologi yang lama harganya akan turun mendadak. Saat ini dunia komputer sudah semakin canggih dengan teknologi baru yang bermunculan dan juga mungkin 2 atau 3 tahun kedepan akan lebih canggih lagi seiring berkembangnya ilmu pengetahuan dan teknologi, laptop merupakan  komputer yang sangat di inginkan bagi kalangan pengguna IT. Selain dapat digunakan dimana saja dan laptop juga menjadi Gaya Hidup seorang profesional.


9-ROBOT VIDEO PHONE

Baru-baru ini, sebuah perusahaan peralatan keamanan Tsumk di Jeun  mengeluarkan produk robot anjing. Robot ini dapat langsung menghubungi si pemilik rumah melalui telepon kamera bahkan mengirim langsung wajah si pencuri. Robot ini memanfaatkan teknologi video-phone.

Teknologi robot di Jepun terus berkembang dan semakin canggih. Teknologi robot terbaru ini berbeza dengan robot sebelumnya yang boleh bersuara. Namun soal kemampuannya menjaga keamanan rumah dari pencuri, tetap dapat diandalkan.



Robot yang diperkenalkan ke publik di Tokyo, Jepun, baru-baru ini, dapat langsung menghubungi si pemilik rumah melalui telefon kamera dan mengirim langsung wajah si pencuri. Hal itu boleh dilakukan kerana robot ini dilengkapi piranti sensor yang boleh merngawasi dengan adanya pencuri yang masuk ke rumah. 


Robot ini dibuat dengan memanfaatkan teknologi canggih generasi ketiga video-phone. Robot dapat disimpan di samping tempat tidur sebagai pajangan jika tidak digunakan. Dan yang lebih menarik lagi, harga robot ini jauh lebih murah berbanding robot serupa generasi pertama. Robot ini dilepas ke pasaran sekitar 300 ribu yen.


10-ULTRASOUND


Imbasan ultrasound ialah sejenis alat diagnostik masa kini yang sangat berguna untuk memantau pergerakan bayi melalui imej dinamik yang digambarkan pada skrin monitor. Gelombang bunyi berfrekuensi sangat tinggi antara 3.5-7.0 megahertz (iaitu 3.5 ke 7.0 juta pusingan per saat) lazimnya digunakan. Gelombang ini dipancarkan dari transduser yang diletakkan di abdomen wanita dan digerakkan untuk melihat (menyuluh seperti lampu picit) kandungan rahim. Sinaran ultrasound yang berulang-ulang akan mengimbas bayi dan dipantulkan semula ke transduser yang sama. Maklumat yang diperolehi dari pelbagai pantulan ini akan dibentuk semula menjadi gambar di skrin monitor. Pergerakan seperti denyutan jantung bayi boleh dinilai dan pengukuran boleh dibuat ke tahap yang sangat tepat berdasarkan imej yang ditunjukkan di skrin. Pengukuran sebegini menjadi asas dalam menentukan usia kandungan, saiz dan tumbesaran bayi yang dikandung.




No comments:

Post a Comment