Thursday, 18 June 2015

KEBURUKAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Adakah anda tahu disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat pada internet mempunyai beberapa kelemahan atau keburukannya. Kewujudan serta peningkatan kafe siber yang menyediakan kemudahan melayari internet telah memberi peluang kepada masyarakat terutamanya belia yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah, menggunakan perkhidmatan di kafe siber. Namun begitu, perkembangan yang dilihat sebagai positif ini tidak dimanfaat sepenuhnya oleh segolongan belia. Impaknya, timbul fenomena yang negatif seperti melepak di kalangan belia pada
masa kini. Penyalahgunaan perkhidmatan yang diberikan oleh pemilik kafe siber dengan menjadikan kafe siber sebagai salah satu tempat berkumpul dan melepak bagi belia dan ini boleh menimbulkan masalah-masalah sosial lain. Selain itu, kebanyakan belia juga tidak memanfaatkan kafe siber ini dengan sebaiknya. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang kosong di internet, melayari laman web yang tidak sesuai dan sebagainya daripada mempelajari teknologi sertamenimba pengetahuan.Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Belia yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer
Ketagihan Internet juga dapat mengubah kehidupan dan peribadi seseorang belia. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Belia yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja dan akan memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepas kan pucuk masing-masing. Oleh itu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia. Adakah penggunaan Internet kepada belia banyak membawa kebaikan daripada keburukan?

9 comments:

  1. Cntik la blog kj amy...kipidap

    ReplyDelete
  2. Setuju..Memang penggunaan internet ada pro and kontranya. Yang penting kita perlu pandai membahagikan masa dan menguruskan diri sendiri

    ReplyDelete
  3. Memang tidak dinafikan internet mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Oleh itu, para pelajar harus bijak memilih dan meneroka alam internet demi memastikan diri diisi dengan ilmu yang bermanfaat untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

    Haironi binti Zainal Abidin
    A143710

    ReplyDelete
  4. Sangat setuju, memang terdapat keburukan dalam penggunaan teknologi maklumat pada masa kini

    ReplyDelete
  5. SITI NURUL FATIN BTE ZAKARIA\
    A141746
    TAHNIAH!!!
    menarik isu yang dikemukakan.
    sememangya teknologi memberikan kesan buruk kepada pelajar terutamanya.
    mereka hendaklah dididik dan di pantau supaya teknologi menjadi sesuatu yang berguna kepada mereka.

    ReplyDelete
  6. Sememangnya terdapat keburukan dalam internet .Sekiranya tidak dipantau ia boleh mengakibatkan gejala sosial yang buruk terutama pada para belia

    nurulhuda yahya
    A143722

    ReplyDelete
  7. very true amy. well say. we have to observe and control when our children surfing the internet

    ReplyDelete
  8. hmmm.. teknologi ni banyak kebaikan malah keburukan pun ada. bergantung pada cara kita menyesuaipakai dengan kehidupan harian

    ReplyDelete
  9. ya.itu memang benar namun ia perlu dipantau agar kesannya tidak memudaratkan budaya dan masyarakat.

    ReplyDelete