KEBURUKAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Adakah anda tahu disebalik kebaikan yang begitu banyak
terdapat pada internet mempunyai beberapa kelemahan atau keburukannya.
Kewujudan serta peningkatan kafe siber yang menyediakan kemudahan melayari internet telah
memberi peluang kepada masyarakat terutamanya belia yang tidak mempunyai
kemudahan internet di rumah, menggunakan perkhidmatan di kafe siber. Namun
begitu, perkembangan yang dilihat sebagai positif ini tidak dimanfaat
sepenuhnya oleh segolongan belia. Impaknya, timbul fenomena yang negatif
seperti melepak di kalangan belia pada
masa kini. Penyalahgunaan perkhidmatan yang diberikan oleh pemilik kafe siber dengan menjadikan kafe siber sebagai salah satu tempat berkumpul
dan melepak bagi belia dan ini boleh menimbulkan masalah-masalah sosial lain.
Selain itu, kebanyakan belia juga tidak memanfaatkan kafe siber ini dengan
sebaiknya. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang kosong di
internet, melayari laman web yang tidak sesuai dan sebagainya daripada
mempelajari teknologi sertamenimba pengetahuan.Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Belia yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem
komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir
memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka
akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut.
Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula
penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan
sistem komputer
Ketagihan
Internet juga dapat mengubah kehidupan dan peribadi seseorang belia. Kita tidak
perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Belia
yang dilanda “demam”
Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan.
Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja dan akan memencilkan diri
semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya.
Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul
amalan enau dalam belukar,
melepas kan pucuk masing-masing. Oleh itu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia. Adakah penggunaan Internet kepada belia
banyak membawa kebaikan daripada keburukan?
Cntik la blog kj amy...kipidap
ReplyDeleteSetuju..Memang penggunaan internet ada pro and kontranya. Yang penting kita perlu pandai membahagikan masa dan menguruskan diri sendiri
ReplyDeleteMemang tidak dinafikan internet mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Oleh itu, para pelajar harus bijak memilih dan meneroka alam internet demi memastikan diri diisi dengan ilmu yang bermanfaat untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
ReplyDeleteHaironi binti Zainal Abidin
A143710
Sangat setuju, memang terdapat keburukan dalam penggunaan teknologi maklumat pada masa kini
ReplyDeleteSITI NURUL FATIN BTE ZAKARIA\
ReplyDeleteA141746
TAHNIAH!!!
menarik isu yang dikemukakan.
sememangya teknologi memberikan kesan buruk kepada pelajar terutamanya.
mereka hendaklah dididik dan di pantau supaya teknologi menjadi sesuatu yang berguna kepada mereka.
Sememangnya terdapat keburukan dalam internet .Sekiranya tidak dipantau ia boleh mengakibatkan gejala sosial yang buruk terutama pada para belia
ReplyDeletenurulhuda yahya
A143722
very true amy. well say. we have to observe and control when our children surfing the internet
ReplyDeletehmmm.. teknologi ni banyak kebaikan malah keburukan pun ada. bergantung pada cara kita menyesuaipakai dengan kehidupan harian
ReplyDeleteya.itu memang benar namun ia perlu dipantau agar kesannya tidak memudaratkan budaya dan masyarakat.
ReplyDelete